free bootstrap theme

PAY BACK

KAEDAH PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN, ASRAMA DAN ‎LAIN-LAIN YURAN TATI UNIVERSITY COLLEGE

MAKLUMAN PENTING

‎1.‎ Para pelajar dikehendaki menyemak baki yuran terkini di Jabatan Kewangan terlebih ‎dahulu sebelum membuat pembayaran. Semakan boleh dibuat melalui kaunter ‎Jabatan Kewangan atau panggilan telefon di 09-8601070/1064.‎

‎2.‎ Sila pastikan nombor akaun TATIUC adalah tepat sebelum membuat pembayaran. ‎Sebarang kesilapan hendaklah dilaporkan kepada pihak CIMB dengan kadar segera.‎

‎3.‎ Semua pelajar hendaklah mematuhi arahan ketika membuat pembayaran. Pihak ‎TATIUC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku ‎dalam proses pembayaran yuran.‎

AKAUN PEMBAYARAN YURAN
NO AKAUN CIMB ISLAMIC BANK BERHAD: 8601716652‎ 


KAEDAH PEMBAYARAN


Semak baki yuran terkini pelajar dengan memberikan Kad Matrik / Kad ‎Pengenalan kepada pegawai di kaunter

Lengkapkan pembayaran dengan menyerahkan tunai / kad debit / kad kredit ‎kepada pegawai di kaunter.‎

Setelah pembayaran selesai, pastikan Kad Matrik/ Kad Pengenalan, baki tunai ‎‎(sekiranya ada) atau Kad Debit/Kad Kredit dan Resit Rasmi TATIUC diserahkan ‎kembali oleh Pegawai di kaunter.‎

Semak jumlah bayaran dan nama pembayar pada Resit Rasmi TATIUC.‎ 


Masukkan butiran dibawah pada slip bank CIMB Bank Berhad.‎

No Akaun TATIUC                                             ‎: 8601716652‎
Nama Akaun TATIUC                                       ‎: TATI University College Sdn Bhd‎
Nama Pelajar                                                     ‎: (Masukkan Nama Pelajar)
No Kad Pengenalan Pelajar                           ‎: (Masukkan No.Kad Pengenalan Pelajar)‎
Jumlah Transaksi                                             ‎: (Masukkan Amaun Yang Hendak Dibayar)‎


Lengkapkan pembayaran dengan menyerahkan slip bank yang telah siap diisi ‎dan tunai kepada Pegawai Bank Bertugas.‎


Setelah pembayaran selesai, semak Slip Bank yang telah dicetak oleh Pihak ‎Bank dan pastikan jumlah bayaran dan nama penerima adalah tepat.‎


Serahkan salinan Slip transaksi Bank tersebut kepada Jabatan Kewangan ‎TATIUC menerusi Kaunter Jabatan Kewangan, Fax (09-8601069) atau Emel ‎‎(dept_finance@tatiuc.edu.my).‎

Pembayaran tidak akan diproses sekiranya slip transaksi bank tidak diserahkan.‎ 


1.    Login ke halaman CIMBclicks https://www.cimbclicks.com.my/ ‎

2.   Pilih "Pay> Bills".‎

3.   Pilih akaun pembayar ** Akaun Semasa atau Simpanan.‎

4.   Pilih ‎ CIMBclicks

5.   Taip “TATI University College Sdn Bhd” di ruangan “Biller Name”‎

6.   Paparan “Bill Identification-TATI UNIVERSITY COLLEGE SDN BHD”‎

7.   Masukkan butiran seperti di bawah

8.   Student Name: (Masukkan Nama Penuh Pelajar)‎

9.   Student IC No: (Masukkan No. Kad Pengenalan)‎

10.  Amaun (RM): (Masukkan Jumlah Bayaran yang hendak dibuat)‎

11.  Pilih “Proceed to Payment”‎

12. Masukkan No Matrik Pelajar.‎

13. Klik “Submit”‎

14. Pengesahan maklumat pembayaran * Please check the details before you ‎confirm the payment

15. Minta nombor TAC (TAC pada SMS) dan masukkan nombor untuk meneruskan ‎proses pembayaran.‎

16. Skrin pemberitahuan “Successful Transaction” akan dipaparkan.‎

17. Bagi kaedah bayaran ini, pelajar tidak perlu menghantar bukti bayaran kepada ‎pihak kami. Kemaskini lejer pelajar akan dilakukan pada hari bekerja berikutnya ‎setelah mendapat laporan transaksi yang berjaya dari pihak bank.‎ 


a.‎ Maklumat Pembayaran:‎

No Akaun (Account Number)     : 8601716652‎
‎Nama Akaun (Account Name)‎    ‎: TATI University College Sdn Bhd‎
Nama Bank (Bank Name)‎              ‎: CIMB Islamic Bank Berhad
Alamat Bank (Bank Address)‎     ‎: PT 11286 & 11287, Jalan Kubang Kurus,‎  Taman Chukai Utama,    
                                                                 24000 Kemaman, ‎Terengganu 
Kod Swift (Swift Code)‎ ‎                ‎: CTBBMYKL‎


b.‎ Sila Serahkan bukti pembayaran menerusi emel kepada ‎dept_finance@tatiuc.edu.my ‎

Mobirise

PERINGATAN

‎1.‎ Pembayaran melalui ATM Transfer, Cash Deposit Machine (CDM) dan IBG ‎Transfer adalah TIDAK DIBENARKAN.‎

‎2.‎ Kegagalan menjelaskan yuran tertunggak dalam tempoh yang ditetapkan akan ‎dikenakan mana-mana tindakan seperti berikut:-‎

        a.‎ Ditahan daripada membuat pra-pendaftaran dan pendaftaran wajib ‎kursus

        b.‎ Ditahan daripada menghadiri kuliah

        c.‎ Ditahan daripada menduduki peperiksaan

        d.‎ Ditahan keputusan peperiksaan/transkrip/diploma

        e.‎ Digantung Pengajian; dan/atau

        f.‎ Diberhentikan

‎**Dikemaskini pada 20 Februari 2018.‎  Sebarang maklumat lanjut Sila Hubungi Unit Pelajar di talian 09-8601064/1070.‎ 

Address

TATI University College
Telok Kalong, Kemaman
Terengganu, Malaysia.
Email: pr@tatiuc.edu.my
Phone: +609 8601000
Fax: +609 8635863